::All She Knows::
♥LadyBoss♥

Navigation : Hover the image



Journal Profile Linkies Stuff

Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥


♥Leave Your Footsteps Here♥

♥Facebooking me, Ask me♥

Facebook
Ask me


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Edriana A.E
Others:   


Tips : Selepas Putus Cinta


Assalamualaikum ^^ 


Holaa ! sesiapa yang dah biasa bercinta , tunang ataupun kahwin tu . Yang relationship tak kekal , janganlah nak frust menonggeng sangat disebabkan orang yang korang dah terlalu sayang lah katakannn ! Chillax laa , EA pun pernah jugak frust menonggeng macam korang . Yeay , kita geng xD EA nak bgtau something ni , elakkan lah nak frust bagai-2 ni . Okey ? Good girl / boy ^^ Jodoh ditangan tuhan . Kalau korang pandai jaga relationship korang dengan si dia tu , okey laa . Thumbs up untuk korang :) 

Antara tips-tips yang EA nak bagi untuk topic ni ialah :- 

Jangan Hubungi Pasangan Anda

Jangan call , sms , email or apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi . Jangan melakukan sebarang komunikasi dengan pasangan anda . Biarkan keadaan ini berlaku selama yang mungkin . 

Jangan Hubungi Atau Meluahkan Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda . 

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda , akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluahkan masalah anda dan pasangan anda . Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaikikan keadaan . 

Luahkan Masalah Anda Kepada Teman Rapat Anda Sahaja !

Masalah cinta macam ni , anda perlukan someone yang betul-betul rapat dan memahami anda . Someone yang boleh mendengar dan menjiwai masalah anda . Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda . Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah . 

Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan . 

Amaran ! Jangan sesekali meletakkan diri anda berseorangan . Mungkin anda perlukan masa untuk berseorangan tapi hakikatnya anda perlukan seorang teman di sisi anda . Dengan erti kata lain , anda perlukan pasangan anda . Apabila anda meletakkan diri anda keseorangan , anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan / stress . 

Hadiahkan Diri Anda Dengan Something Yang Menyeronokkan . 

Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih . Jika anda terus bersedih , maka tiada penyelesaian yang dapat anda lakukan . Bak kata abang sedara EA , "senyum , nanti natural beauty hilang" . Okey , everytime EA sedih , EA mesti teringat kata-kata dia yang "manis" lah konon :P Oleh itu , anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan . Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan . Belikan something yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini . 

Berhenti Mendengar Lagu Kesukaan Masa Bercinta . 

Buat masa ni , EA cadangkan seelok-eloknya berhenti lah dengar lagu favourite masa hangat bercinta dulu . Cuba tukar selera sikit . EA jujur , EA memang macam ni lepas putus cinta . Selalu sangat dengar lagu favourite waktu tengah hangat bercinta . Dengar lah lagu baru . Most important , jangan dengar lagu sedih . Lagu yang kita dengar berkait rapat dengan emosi . Sekali dengar terus menusuk ke jiwa . Tambahan pula lagu tu lagu anda dan si dia . Lagi lah bertambah sedihnya . Kan ? Memang akan terbayang wajah si dia terus menerus . So , cuba elakkan dengar lagu yang berkait rapat dengan si dia . Untuk sementara waktu ni delete dulu lagu-lagu tu dari handphone , ipod or mp3 . Nanti bila anda betul-betul dah kuat , tak ada masalah untuk dengar semula lagu tersebut .

Terima Perpisahan . 

Sebagai orang Islam , kita perlu yakin dengan Qada' & Qadar Allah SWT . Percayalah setiap yang berlaku , ada hikmahnya . Jodoh pertemuan , ajal maut semua tu kan Allah yang tentukan . Kita sebagai hambanya , hanya mampu merancang . Dalam masa-masa getir macam ni , kita kena banyak bermuhasabah diri . Sentiasa fikirkan perkara-perkara yang positif , bukan negatif . Jikalau benar jodoh anda dengan si dia , pasti suatu hari nanti kalian akan bersatu semula . InsyaAllah ^^

Doa / Dekatkan Diri Kepada Allah SWT . 

Sentiasa berdoa pada Allah semoga diberi kekuatan dan semoga bertemu jodoh yang lebih baik . Bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan anda dan janganlah bersedih . Cuba perbaiki diri dan tingkatkan amal ibadah . "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik" 

Alhamdulillah , itu sahaja tips yang EA boleh bagi dekat anda semua . Mudah-mudahan berkesan untuk para pembaca . Apa-apa pun , selamat maju jaya dan terima kasih kerana sanggup baca tips yang panjang lebar ni .