::All She Knows::
♥LadyBoss♥

Navigation : Hover the image



Journal Profile Linkies Stuff

Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥


♥Leave Your Footsteps Here♥

♥Facebooking me, Ask me♥

Facebook
Ask me


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Edriana A.E
Others:   


Tips : Melupakan Seseorang Yang Kita Suka Dan Benci


Assalamualaikum ^^

Pagi tadi EA bukak ask.fm EA and tgk2 ada request dari seseorang yang tidak dikenali . Nak tahu apa request dia ? Haa , kejap ee


Nahh , amik ni :3

Okey , secara jujurnya , EA tak pernah ada org minta request untuk post didalam blog . EA rasa terharu dan berterima kasih sangat kepada siapa yang tanya soalan ni . Arrigato :') Lagipun , EA pun ada pengalaman dalam bab-bab melupakan orang ni . So , kiranya EA agak pro lah dalam bab ni kan ? Hehe . Nak tips macam mana untuk lupakan someone yang kita suka and benci kan ? Baca ni .. 

CARA-CARA ATAU TIPS-TIPS UNTUK MELUPAKAN SESEORANG YANG KITA SUKA DAN BENCI . 

--> Hentikan / buangkan segala aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan dia . 

Bila baru berpisah kita rasa macam dah biasa dengan kehadiran dia dalam hidup kita . Jadi , segala apa-apa yang berkaitan dengan dia , anda boleh buang dengan segera termasuklah :

a) gambar-gambar dia
b) segala message-message romantik bersama dia
c) number phone pun delete lah . Incase kalau anda ngade-ngade gatal tangan nak contact
d) barang-barang yang dia bagi such as teddy bear and banyak lagi

Kalau dia ada dalam friendlist Facebook anda , remove dia atau nak lebih kejam , anda boleh BLOCK dia terus . Sebab hati ini akan terasa seakan-akan semakin hiba bila tengok gambar dia dekat news feed anda . Kalau dia ada Blogger , jangan jadi follower dia dah . Kalau dia ada Twitter , cepat-cepat unfollow dia . EA tahu memang susah tapi fikirlah untuk kebaikan anda dan tanamlah . " Aku memang ingin melupakannya demi _____ *alasan anda berpisah

-->  Mengadu dengan Allah dan bukannya dunia maya . 

Inilah ramai orang silap . Kalau berpisah pergi mengadu dekat Facebook , Twitter dan sebagainya . Kalau boleh nak semua orang tahu pasal ni lepastu keadaan akan menjadi semakin keruh . Berbalas-balas sana sini , semua keburukan diceritakan . Kawan-kawan Facebook pun punyalah syok makan popcorn tengok anda fight-fight di news feed . Come on lah ! Mengadu dekat benda yang mati , buat apa ? Better lagi pi mengadu dekat Allah yang tidak pernah mati . EA pernah cuba kaedah ini dan alhamdulillah selepas EA bercerita didalam doa , EA rasa seakan-akan Allah mendengar masalah EA ini . Hidup EA lebih tenang selepas itu . Allah itu memang Maha Kuasa . 

--> Jangan cuba mencari dia kembali .

Ini selalunya dilakukan oleh kebanyakan perempuan . Okey , EA mengaku . EA memang macam ni dulu . Bila dah berpisah , tangan tu masih gatal untuk mencari tahu pasal lelaki yang telah meninggalkan kita tu . Lepas sudah berpisah , terus jadi stalker terhebat . Cewahhh ~! Segala perkembangan lelaki itu dipantau . Masih lagi tengok gambar-gambar dia . Cuba contact dia semula mahupun dunia maya kembali . Tenung gambar dia lama-lama dan save gambar baru diupload oleh dia didalam Facebook . Like seriously , bila kau nak mulakan hidup baru ni ? =="

--> Cuba fikir yang dia tu , bukanlah untuk anda .

Cuba fikir apa keburukan dia yang anda tak suka . Gunakanlah tu sebagai alat untuk anda menghilangkan dia dari hidup anda . Jadi cuba tanamkan kata-kata berbunyi seperti ini :

" one day , aku akan jumpa yang lebih baik daripada dia "
" akan aku buktikan aku boleh hidup tanpanya "
" kau dah khianati aku , buat apa aku masih bersedih untuk kau "
" aku dilayan bagaikan sampah disisi kau , biarlah aku cari orang yang boleh layan aku bak mutiara "

Dengan cara ini , insyaallah dapat membuatkan anda cepat melupakan seseorang itu . Sebenarnya , EA tidak berapa nak galakkan cara ini kerana ianya menjuruskan kepada permusuhan tetapi memang tidak dapat disangkal lagi bahawa cara ini memang mempunyai peratusan berhasilan yang tinggi . #fakta

--> Cuba alihkan perhatian anda apabila setiap kali teringatkan dia .

Kadang-kadang tipulah kalau lepas berpisah tidak terfikirkan dia . Tapi cubalah alihkan perhatian anda bila teringat detik-detik bersama . Apabila sedang terbayang-bayang tu , cepat-cepat fikirkan azam baru untuk mulakan hidup baru tanpanya . Insyaallah akan berhasil :)

Ini sahaja tips yang dapat EA bagikan . Maafkan EA jika tidak berhasil . Harap sangat orang yang bertanya ini setuju dengan apa yang EA post . Terima kasih banyak-banyak sebab request :) Kepada sesiapa yang ingin request apa-apa , click --> SINI <-- ..