::All She Knows::
♥LadyBoss♥

Navigation : Hover the image



Journal Profile Linkies Stuff

Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥


♥Leave Your Footsteps Here♥

♥Facebooking me, Ask me♥

Facebook
Ask me


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Edriana A.E
Others:   


Tips : Cara Lelaki Menguji Wanita



Assalamualaikum ^^ 



Haa , tadi EA bukak ask.fm and tengok-2 ada question dari seorang makhluk Allah ni. Its okay dear , EA boleh tolong awak. *smile always* . Uhuk-uhuk , ni EA nak penuhkan permintaan dia.. Enjoy :)


Lelaki ... walaupun sudah berkali-kali dia mengucapkan perkataan cinta, namun tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap wanita.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan selama ni, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu . Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina . 

Tidak dinafikan , mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan , sepanjang menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya . 

Yang pasti , dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya . 

1) Adakah dia materialistik ? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki . Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda , mereka akan menguji dengan cara ini :

Memberi Hadiah Murah 

Reaksi kamu : Sering bertanyakan soal harga , jenama , dimana dia membelinya dan tidak mahu sekali menyimpan barang tersebut . Kamu GAGAL

Reaksi kamu : Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya . Kamu LULUS

Mengajak menikmati hidangan yang murah

Reaksi kamu : Menolak ajakannya , tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah . Kamu GAGAL

Reaksi kamu : Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera . Kamu LULUS


2) Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu . Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya . Sama ada berat mahupun tidak , dia akan menguji dengan cara ini :

Mengenalkan kepada kamu , bekas teman wanitanya

Reaksi kamu : Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan . Kamu GAGAL

Reaksi kamu : Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu dihadapannya . Kamu LULUS

Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu : Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain . Kamu GAGAL

Reaksi kamu : Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar . Kamu LULUS


3) Hubungan bekas teman lelaki . Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya . Ia akan menguji dengan cara ini :

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki

Reaksi kamu : “ Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas ” . Kamu GAGAL

Reaksi kamu : “ Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki ” . Kamu LULUS

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya ?


Reaksi kamu : Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih . Kamu GAGAL

Reaksi kamu : “ Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu ” . Kamu LULUS

4) Mengukur tahap kesetiaan . Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi , si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut :

Pergi melancong

Reaksi kamu : Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Kamu GAGAL

Reaksi kamu : Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji . Kamu LULUS


Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu : Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama . Kamu GAGAL

Reaksi kamu : Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu .Kamu LULUS


Done share tips ini :) Comment kalau rasa nak comment . *mengharapkan comment anda . Bubye :'3