::All She Knows::
♥LadyBoss♥

Navigation : Hover the image



Journal Profile Linkies Stuff

Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥


♥Leave Your Footsteps Here♥

♥Facebooking me, Ask me♥

Facebook
Ask me


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Edriana A.E
Others:   


Muhammad Johan Sharin .....



Assalamualaikum ^^ 

Haa, jawab salam EA tu dulu baru boleh baca entry ni . Dah ? Okay , good girl / boy :) Hari ni EA nak ceritakan dekat korang pasal sorang mamat ni yang dulu pernah curik hati EA . Tetiba pulak rajin nak meng-update pasal dia . Kalau tak nak baca , boleh tekan ctrl W sekarang :D . Yang nak baca tu , stay depan lappy , komputer korang k ? Mwehehehe ~ 

Okay , tanpa membuangkan masa lagi . EA nak kenalkan dia dekat korang . Jap eh EA uploadkan gambar dia .. 



Tadaaa .. Inilah dia orang yang EA maksudkan tu . Nama dia Muhammad Johan Sharin bin ****** ~ Budak-2 panggil dia " Joe " . Actually , EA dah lama suka dekat mamat atas ni . Crush EA dari 2012 - 2013 #teamsetia . Cewahh . From the first time EA nampak dia , EA dah terus jatuh cinta . Bagi EA dulu , dia ni tersangatlah sombong . Tapi , EA silap . Dia sebenarnya sombong dengan orang yang dia tak kenal je . EA dengan dia dulu , selalu bergaduh . Memang EA benci dia gila-2 waktu tu . Then , jengjengjeng ... Tetiba EA jatuh cinta dengan dia . OhEmGee :D

Bila EA cakap dekat kawan-2 EA yang EA suka mamat ni , muka diorang tetiba berubah jadi pelik , then diorang cakap " kau ni biar betik ed , mata kau rabun ke apa ? " . Hahaha , memang susah nak percaya tapi inilah kebenarannya . 

Tanggal 12 April 2013 iaitu dua hari sebelum birthday EA , dia mintak couple dekat EA . Waktu tu , memang aku happy gila gila gila gilaaa ~ Rasa macam nak menangis pun ada ( eh overnya aku xD ) Haha . Like seriously , lepas EA dapat text macam tu dari dia , EA terus masuk bilik and lompat atas katil . Pap ! EA jatuh . Tak rasa sakit langsung sebab dah terlampau gembira . Alhamdulillah :')

Bila dah start couple , memang tak henti-2 texting . Tolak 1 sen je bila text dengan dia . Apa ada hal :D Conversation kitaorg mencecah 5000 lebih . Alaa , normal lah kan ? Kalau orang tengah hangat bercinta , sanggup belanjakan duit semata-mata nak beli top-up untuk texting dengan BF / GF ~ Everytime waktu tamat sekolah , mesti kitaorg jumpa dekat Blok A . Padahal kelas sebelah-sebelah je . Hehehe . Blablabla , skip part ni ...

Alright , waktu ni dah genap 1 bulan 2 minggu 4 hari kutt . Pada tanggal 29 May 2013 pulak , dia mintak break . EA memang sedih gila waktu ni . Rasa macam jantung ni nak gugur je . Tapi EA sabar . EA dah try tahan air mata EA tapi dia tetap mengalir membasahi pipi EA :'( Memang susah nak lupakan dia . 


Haaa , nampak kan gambar di atas ? Apa yang ditulis itu semuanya benar ! Perempuan memang susah nak lupakan orang yang dia sayang . But , EA dah berjaya melupakan dia :D