::All She Knows::
♥LadyBoss♥

Navigation : Hover the image



Journal Profile Linkies Stuff

Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥


♥Leave Your Footsteps Here♥

♥Facebooking me, Ask me♥

Facebook
Ask me


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Edriana A.E
Others:   


20 Perkara Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu !



Assalamualaikum ^^ 

Okayy .. Pada malam yang indah ini , jari EA rasa ringan gila nak berkongsi dengan korang semua tentang perkara ni . Memandangkan EA tak ada buat apa2 , baik EA update blog . Ada jugak faedahnya daripada duduk lepak goyang kaki . Wahh , LIKE A BOSS :D

Entry mengenai : 20 Perkara Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu !


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang sedih , tetapi dia tidak menitiskan air mata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .

2. Bila dia tidak menghiraukan korang selepas korang menyakiti hatinya , lebih baik korang beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum korang menegur dengan ucapan maaf .

3. Perempuan sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang . Sebab itu ramai perempuan yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan .

4. Sekiranya seorang perempuan ini jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang keluar dengan lelaki lain .

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat :D

6. Perempuan memang suka pujian tapi tak tahu macam mana nak menerima pujian .

7. Jika korang tidak suka dengan gadis yang sukakan korang separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri perempuan yang korang tidak tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa sahaja .

8. Sekiranya seorang perempuan menjauhkan diri darimu selepas korang tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya korang masih menganggap dia sebagai seorang kawan , cubalah tegur dia secara perlahan-lahan . 

9. Perempuan suka meluahkan apa yang dia rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini tidak berguna .

11. Bersikap terlalu serious boleh mematikan mood perempuan .

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberi respond positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebaik sahaja telefon itu diletakkan , dia akan menjerit gembira paling tak kurang pun selama 10 minit and then semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut . 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi perempuan . So boys ! Jangan senyum sebarangan . Nanti perempuan melting , susah pulak korang :D

14. Jika korang menyukai perempuan ni , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenali diri mu dengan lebih mendalam .

15. Jika seorang perempuan memberi korang beribu juta alasan setiap kali korang ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan korang .

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang , teruskan usaha korang untuk memikatnya :)

17. Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda yang pertama dicari oleh perempuan ialah siapa yang berdiri di sebelah kanan , kiri , belakang atau depan buah hatinya .

18. Satu ucapan "Hi" atau "Assalamualaikum" sudah boleh membuat harinya penuh dengan senyuman :D

19. Perempuan paling benci dengan lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan dia . Eee sumpah menyampah !

20. Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat perempuan tu , pandai2 lah k ?

Renung-renungkan lah dan selamat beramal :)