♥LadyBoss♥ Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥ ♥Leave Your Footsteps Here♥ Follow @BirdieChickadee ♥Facebooking me, Ask me♥ Credits!
| Aku Suka Dia atau Aku Cinta Dia ? o..O
Assalamualaikum ^^ ♥
Kebanyakan orang , bila diajukan pertanyaan tentang perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing-masing sama ada cinta atau suka , pasti mereka akan terdiam dan serba salah . Tak tahu jawapan mana satu yang tepat . Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama jugak ada rasa suka :) Namun harus diingatkan , cinta dan suka adalah dua perkara yang berbeza . Diakui , ramai yang keliru dengan istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti dua perkara tersebut .
Kat bawah ni , EA ada senaraikan beberapa perbezaan antara cinta dan suka . So , apa yang korang tunggu lagi ? Cepat ! Bandingkan lah dimana perasaan korang sekarang terhadap si dia :)
Dihadapan orang yang kita cinta , hati kita akan berdegup kencang ..
Tapi di depan orang yang kita suka , hati kita akan gembira ..
Kalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta , kita akan kaku ..
Tapi kalau kita lihat di dalam mata orang yang kita suka , kita akan tersenyum ..
Didepan orang yang kita cinta , lidah kelu untuk berkata-kata ..
Didepan orang yang kita suka , lidah bebas berkata apa sahaja ..
Didepan orang yang kita cinta , kita menjadi malu ..
Didepan orang yang kita suka , kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar ..
Bila orang yang kita cinta menangis , kita akan turut menangis ..
Bila orang yang kita suka menangis , kita akan turut membuat dia gembira ..
Didepan orang yang kita cinta , kita takut nak berterus terang kerana terlalu bimbang atau risau dia akan terguris ..
Didepan orang yang kita suka , kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan dia dengan kita ..
|