::All She Knows::
♥LadyBoss♥

Navigation : Hover the image



Journal Profile Linkies Stuff

Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥


♥Leave Your Footsteps Here♥

♥Facebooking me, Ask me♥

Facebook
Ask me


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Edriana A.E
Others:   


Bila Lelaki Merajuk.....



Assalamualaikum ^^ 



Lelaki juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan . Diakui , mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima karenah anda seadanya . Kan ? Tetapi bila karenah anda melampaui batas , mereka mula berjauh hati . Jangan abaikan perasaan mereka . Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang merajuk tuu ..


Beri Masa Bersendirian

Apabila lelaki kesayangan anda merajuk , mereka memerlukan masa untuk tenangkan fikiran . Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja . Kebiasaannya , mereka lebih banyak berdiam diri . Jangan ganggu dan berikan mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda :)

Sentiasa Beri Sokongan

Bila lelaki melayan rajuk , mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes . Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya , duduk dan teman dia tanpa berbicara sepatah pun . Walaupun tiada komunikasi antara anda , dia tahu anda akan tetap berada di sisi dia walau apa2 yang terjadi ..

Jangan Tanya Perasaannya

Elakkan daripada bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk . Jangan buat si dia rasa agak menjengkelkan / annoying dengan sikap sambil lewa anda .

Buang Ego Anda

Bukan lelaki sahaja yang mempunyai ego , malah perempuan juga ada sifat angkuh yang sama . Namun , tidak salah sekali sekala anda buang ego anda itu demi si dia yang tersayang . Jika terlalu lama dia merajuk , EA rasa baik anda minta maaf dan kucup mesra tangannya ( bagi yang berumah tangga ) . Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan .

Buat Kejutan Sempurna

Jika perempuan merajuk , lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga , teddy bear dan lain2 bagi merawat hati nan lara . Apa kata anda lakukan perkara yang sama padanya . Hadiahkannya sekotak coklat atau lain2 khas untuk si dia .

Tahu Masa Yang Tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali , duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut . Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung macam tu je . Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama :)

p/s : susah sebenarnya nak memujuk lelaki yang kuat merajuk ni . Lolz ~ sabo je lah ;)