♥LadyBoss♥ Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥ ♥Leave Your Footsteps Here♥ Follow @BirdieChickadee ♥Facebooking me, Ask me♥ Credits!
| Hala Tuju Selepas SPM Assalamualaikum ^^ ♥
Haa ! Memandangkan dua orang abang EA yang ter'chenta' dah habis SPM , and now EA nak share dengan korang tentang --> Hala Tuju Selepas SPM .. Okay , topic kali ni mmg teramatlah penting bagi pelajar2 form 5 a.k.a SPM Candidates . Sebab senang diorang nak tentukan apa yang diorang nak buat selepas habis SPM . Right ? Lol , actually dah lama EA patut update psl ni tapi masa tak mengizinkan EA mengupdate :D hehehe gomeinasai ..
1) Sambung Belajar
Ini adalah pilihan paling popular di kalangan pelajar lepasan SPM . Kewujudan pelbagai jenis institusi pendidikan di Malaysia membolehkan anda mengambung pengajian dalam berbagai-bagai jurusan yang diminati . Anda dinasihatkan untuk mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang untuk menepati syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mengikuti kursus pilihan anda . Pastikan kursus yang diambil mendapat pengiktirafan yang sewajarnya . Sila tekan lawan web rasmi, Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my dan laman web rasmi Agensi Kelayakan Malaysia di www.mqa.gov.my untuk maklumat lanjut .
2) Mengikuti Kursus-kursus Pendek
Terdapat banyak kursus pendek yang boleh anda sertai untuk mendapatkan kemahiran tertentu , mendalami minat atau mengisi masa lapang anda . Contohnya , anda mungkin mahu mendapatkan lesen kenderaan , belajar membuat kek , menghadiri kelas komputer dan sebagainya . Kursus-kursus pendek membolehkan anda menguji minat yang ada dan mungkin juga membantu anda memulakan perniagaan kecil-kecilan . Sijil-sijil berasaskan kemahiran membantu meningkatkan profil pekerjaan anda .
3) Bercuti dan Mengembara
Ini adalah pilihan terbaik sekiranya anda ingin menenangkan fikiran , menimba pengalaman unik dan memikirkan secara mendalam tentang masa depan anda . Anda juga boleh menawarkan diri untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat secara percuma untuk pembangunan kendiri . Ada juga yang memilih untuk merantau negara jiran dan menyelami kebudayaan dan adat resam luar . Pengalaman sebegini sudah pasti mendewasakan anda .
4) Berniaga Sendiri
Ini pula adalah keputusan yang sangat berani dan memerlukan kerajinan , kecekalan hati serta modal yang mencukupi . Pilihan ini bukan sesuatu asing atau sukar bagi mereka yang sering membantu ibu bapa menjalankan perniagaan keluarga . Bagi mereka yang masih baru , anda dinasihatkan untuk mendapat rundingan dan nasihat dari badan-badan kerajaan dan organisasi yang boleh dipercayai sebelum membelanjakan modal yang besar . Okay ? :)
5) Kerja Sementara atau Kerja Tetap
Ada juga dikalangan lepasan SPM yang mengambil keputusan untuk bekerja sementara sebelum menyambung pengajian untuk menimba pengalaman dan mendapatkan wang poket sebelum mendaftarkan diri di mana-mana institusi pendidikan . Ada juga yang memutuskan untuk terus bekerja dan tidak berhasrat untuk meneruskan pengajian . Terdapat sebilangan kecil yang mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar . Walau apa pun pilihan anda , dapatkan nasihat daripada ibu bapa , guru kaunseling atau mentor anda terlebih dahulu kerana dunia pekerjaan amat berbeza dengan alam persekolahan .
|