♥LadyBoss♥ Assalamualaikum :) Welcome to my Unprivate Diary. Could you do me a favor please ? Hit that "follow" button on your right. Hate the owner and the blog ? Just press ctrl+W and there you go..♥ ♥Leave Your Footsteps Here♥ Follow @BirdieChickadee ♥Facebooking me, Ask me♥ Credits!
| 10 Pantang Mulut Lelaki
Assalamualaikum ^^ ♥
Perhatian kepada semua KAUM ADAM yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta , yang sedang dilamun cinta ataupun yang sudah
berumahtangga . Haha . Kali ni , EA nak share sikit artikel yg EA
baca tentang tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan
awek , teman wanita ataupun isteri. Jika salah satu ayat ini disebut ,
paling kecil pun boleh menyebabkan pertengkaran dan yang paling hebat
boleh menyebabkan penceraian . Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun
ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.
1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa yang I suruh.”
What
do you mean kalau dia betul-betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat
bermakna dia tak sayanglah ? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah
tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan
‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman
wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan .
2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan
teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’.
Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu
dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara
realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang
mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang
anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah
tiket untuk bertengkar secara hebat.
3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat
ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda
terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita
anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi
dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan
dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk
teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her
adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you
dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang
hanya akan memanaskan telinga anda.
4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah
berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana
dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara
ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu
sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin
juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan
lain di depan teman wanita anda.
5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi
orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan
melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda
yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak
cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik
lain yang lebih menyenangkan ye.
6. “I takde mood lah.”
Sekali
lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya
bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain
daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana
bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari
menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.
7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang?
Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap
macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang
yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya.
Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab
dia tentu tak akan suka.
8. “Takyahlah nak emo…” Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu! 9. “I tak sukalah baju tu…” Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka. 10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.” Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran! |